IzdeenIzdeen

5 Adab Masuk Rumah Baru Mengikut Islam

21 Februari 2023

Apa adab masuk rumah baru mengikut Islam?

Terdapat sedikit perbezaan dengan adab masuk rumah yang biasa kerana kita masuk tempat yang tiada penghuni, ada beberapa perkara yang perlu diambil kira.

Tidak ada amalan khusus yang diperintahkan Syarak ketika memasuki rumah baru. Adalah lebih baik kita berdoa supaya rumah diberkati dan kita yang mendiami rumah turut diberkati Namun begitu, jika bertujuan untuk mengharapkan keselamatan dan perlindungan dengan Allah SWT daripada kejahatan dan syaitan, ada beberapa tata cara masuk rumah baru menurut Islam yang kita boleh lakukan.

Amalan Masuk Rumah Baru

1. Memberi salam

Daripada Nafi` bahawa Abdullah bin Umar R.anhuma berkata:

إِذَا دَخَلَ الْبَيْتَ غَيْرَ الْمَسْكُونِ فَلْيَقُلِ السلام علينا وعلى عباد الله الصالحين.

Assalamu 'alaina wa 'ala ibaadillahis-solihin.

Jika engkau memasuki suatu rumah yang tidak berpenghuni maka katakanlah: Salam sejahtera ke atas kami dan ke atas hamba-hamba Allah yang soleh.

Riwayat al-Bukhari dalam Al-Adab al-Mufrad, no. 1055 (sanad hasan menurut Ibn Hajar al-Asqalani)

2. Membaca bismillah, berzikir dan berdoa ketika membuka dan menutup pintu

Daripada Jabir bin Abdillah R.Anhuma, Nabi SAW bersabda:

إِذَا دَخَلَ الرَّجُلُ بَيْتَهُ فَذَكَرَ اللَّهَ عِنْدَ دُخُولِهِ، وَعِنْدَ طَعَامِهِ، قَالَ الشَّيْطَانُ: لَا مَبِيتَ لَكُمْ وَلَا عَشَاءَ، وَإِذَا دَخَلَ فَلَمْ يُذْكَرِ اللَّهَ عِنْدَ دُخُولِهِ قَالَ الشَّيْطَانُ: أَدْرَكْتُمُ الْمَبِيتَ

Apabila seseorang masuk ke dalam rumah lalu dia mengingati Allah ketika masuk, dan ketika makan, maka syaitan akan berkata: Tidak ada tempat menginap dan tidak ada makan malam. Tapi apabila dia tidak mengingati Allah ketika masuk, maka syaitan berkata: Kalian mendapatkan tempat menginap.

Riwayat Muslim (2018), Abu Daud (3765), dan lain-lain

Juga daripada Jabir bin Abdillah R.Anhuma, Nabi SAW bersabda:

وَأَغْلِقُوا الأَبْوَابَ وَاذْكُرُوا اسْمَ اللَّهِ، فَإِنَّ الشَّيْطَانَ لاَ يَفْتَحُ بَابًا مُغْلَقًا

Tutuplah pintu, dan sebutlah nama Allah kerana syaitan tidak akan membuka pintu yang tertutup (yang disebut nama Allah).

Riwayat al-Bukhari (3304), Muslim (2012), dan lain-lain

3. Menunaikan solat sunat keluar dan masuk rumah

Daripada Abu Hurairah RA, Nabi SAW bersabda:

إِذَا خَرَجْتَ مِنْ مَنْزِلِكَ فَصَلِّ رَكْعَتَيْنِ يَمْنَعَانِكَ مِنْ مَخْرَجِ السُّوْءِ وَإِذَا دَخَلْتَ إِلَى مَنْزِلِكَ فَصَلِّ رَكْعَتَيْنِ يَمْنَعَانِكَ مِنْ مَدْخَلِ السُّوْءِ

Jika engkau (ingin) keluar dari rumahmu, maka laksanakanlah solat dua rakaat, ia akan menghalangimu daripada keburukan yang berada di luar rumah. Jika engkau masuk ke dalam rumahmu, maka laksanakanlah solat dua rakaat, ia akan menghalangimu daripada keburukan yang ingin masuk ke dalam rumah.

Riwayat al-Bazzar (dinilai thiqah rijalnya oleh Ibn Hajar al-Haythami)

4. Membaca Surah al-Baqarah

Daripada Abu Hurairah RA, Nabi SAW bersabda:

لاَ تَجْعَلُوا بُيُوتَكُمْ مَقَابِرَ إِنَّ الشَّيْطَانَ يَنْفِرُ مِنَ الْبَيْتِ الَّذِى تُقْرَأُ فِيهِ سُورَةُ الْبَقَرَةِ

Janganlah kamu semua menjadikan rumah-rumah kalian seperti perkuburan. Sesungguhnya syaitan akan lari dari rumah yang dibacakan di dalamnya surah al-Baqarah.

5. Azan

Sabda Rasulullah SAW:

إِذَا نُودِيَ لِلصَّلَاةِ أَدْبَرَ الشَّيْطَانُ وَلَهُ ضُرَاطٌ حَتَّى لَا يَسْمَعَ التَّأْذِينَ

Apabila panggilan solat (azan) dikumandangkan, maka syaitan akan lari sambil terkentut hingga dia tidak mendengar azan lagi.

Soalan Berkaitan Adab Masuk Rumah Baru

Cara pagar rumah mengikut Islam?

Perbuatan memagar rumah dengan menanam atau menggantung sesuatu di penjuru atau sudut‐sudut tertentu di rumah atau bangunan yang diduduki dengan kepercayaan bahawa benda tersebut akan menjaga dan memelihara keselamatan penghuninya adalah perbuatan yang bertentangan di sisi Islam. Bagaimana pun ada cara yang dibolehkan dan digalakkan mengikut ajaran Islam.

Caranya ialah dengan ‘memagar rumah’ dengan merenjis air Yassin di sekeliling rumah. Ikut panduan berikut: Ambil air kemudian baca surah Al‐Fatihah, ayat Kursi, Surah 3 Kul (Al‐Ikhlas, Al‐Falaq dan Al‐Nas). Kemudian tiup ke dalam air tersebut perlahan‐lahan hingga habis nafas. Setelah itu, jirus dan renjiskan air tersebut ke setiap penjuru rumah dengan mulai dengan penjuru yang terletak di sebelah kanan dan penjuru seterusnya, mengikut arah berlawanan jarum jam.

Ada orang yang buat kenduri kesyukuran?

Rasulullah juga tidak pula pernah melarang dan tidak pula mewajibkan. Boleh dilakukan, namun jika pelaksanaannya menjadi beban, eloklah diringankan.

Mengadakan jamuan setelah memperolehi sesuatu nikmat sebagai bersyukur kpd Allah adalah suatu yg disyariatkan. Ini kerana bersyukur kpd Allah adlh dgn melakukan apa2 amalan soleh, antaranya menjamu kenalan dan org2 miskin.

Ada ke tarikh sesuai masuk rumah baru?

Sebenarnya tiada hari yang baik masuk rumah baru menurut Islam. Ini hanyalah satu kepercayaan tradisional kaum Jawa.

Salah satu kepercayaan tradisional yang masih dipercaya masyarakat Indonesia adalah kepercayaan budaya Jawa. Banyak yang masih memakai primbon yang berisi mengenai perhitungan tentang hari yang baik dan buruk.

Masyarakat akan menyelenggarakan acara-acara tertentu dengan melihat hari yang akan dipilih, seperti acara pernikahan, pindah rumah, membangun rumah, menanam pangan, dan lain sebagainya. Bila perhitungannya baik, maka acara boleh dilanjutkan.

Sekian, itu sahaja, amalan-amalan di atas boleh juga digunakan sebagai adab masuk rumah kosong. Semoga terjawab persoalan masuk rumah baru apa perlu buat?

Wallahua’lam

Sumber:

Artikel Berkaitan