Zikir Selepas Solat Dhuha
25 Jun 2023
Zikir allahummaghfirli warhamni watub alayya bisa dibaca setelah solat dhuha.
Hal ini bersandar pada hadits yang diriwayatkan Aisyah RA, dia mengatakan,
صَلَّى رَسُولُ اللهِ صلى الله عليه وسلم الضُّحَى ثُمَّ قَالَ: اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي، وَتُبْ عَلَيَّ، إِنَّكَ أَنْتَ التَّوَّابُ الرَّحِيمُ، حَتَّى قَالَهَا مِئَةَ مَرَّةٍ
Allahummaghfirli wa tub ‘alayya innaka antat tawwabur rohimu
Rasulullah SAW melaksanakan solat dhuha, kemudian baginda mengucapkan: “Ya Allah, ampuni dosaku dan terimalah taubatku. Sesungguhnya Engkau Maha Penerima Taubat dan Maha Pengampun,” hingga 100 kali.
Riwayat Aisyah RA, direkodkan oleh Al-Hakim dalam Al-Mustadrak
Wallahua’lam



