Maksud Mahram Bagi Perempuan dan Lelaki
11 Mac 2023
Maksud mahram ialah orang lelaki atau perempuan yg haram dinikahi mengikut hukum Islam kerana faktor tertentu. Ia terbahagi kepada dua larangan iaitu :
- Mahram Muabbad – haram selama-lamanya
- Mahram Muaqqat – haram sementara
Bukan mahram atau ajnabi pula ialah orang yang kita boleh kahwin dengannya, perlu jaga aurat dengan mereka dan tidak boleh bersentuhan.
Mahram Muabbad
Haram muabbad terbahagi kepada tiga :
1. Haram dengan sebab keturunan
- Ibu
- Nenek sebelah ibu dan bapa ke atas
- Anak perempuan
- Cucu perempuan
- Cicit perempuan dan ke bawah
- Saudara perempuan seibu sebapa atau seibu atau sebapa
- Anak saudara perempuan daripada saudara lelaki atau perempuan
- Cucu saudara perempuan daripada saudara lelaki atau perempuan dan ke bawah
2. Haram dengan sebab perkahwinan
- Isteri kepada bapa (ibu tiri, mertua), termasuk juga isteri kepada datuk dan ke atas.
- Isteri kepada anak (menantu), termasuk juga isteri kepada cucu dan ke bawah.
- Anak tiri perempuan atau cucnya ke bawah.
3. Haram dengan sebab susuan
- Ibu susuan
- Anak perempuan yang disusui
- Saudara perempuan susuan
- Ibu saudara susuan belah ibu atau bapa
- Anak saudara susuan bagi saudara perempuan atau lelaki
Mahram Muaqqat
Larangan sementara (Muaqqat) ialah larangan untuk tempoh masa atau keadaan tertentu. Apabila keadaan berubah, hukum larangan itu pun terbatal.
- Adik beradik isteri(ipar)
- Ibu saudara kepada isteri sebelah bapa atau ibu.
- Perempuan yang hendak dikahwini itu tidak menjadi isteri kelima kepada lelaki yang sedang beristeri empat.
- Perempuan yang masih menjadi isteri orang.
- Perempuan yang dalam iddah orang lain.
- Perempuan yang ditalak tiga(hanya bagi suami yang menceraikannya.
Di atas ialah contoh mahram bagi lelaki.
Mahram Bagi Wanita

mahram chart

Semoga kita sama-sama dapat membezakan antara mahram dan bukan mahram, supaya terjaga aurat dan tidak senang-senang je bersalaman dengan ornag yang bukan mahram, terutama masa raya nanti. Lagi satu jangan tersilap mahram dengan muhrim ye.
Wallahua’lam