IzdeenIzdeen

Doa Nabi Zakaria Diberi Zuriat Keturunan

28 Mac 2022

Doa Nabi Zakaria ini boleh diajarkan kepada pasangan yang masih dikurniakan zuriat walaupun sudah lama berumah tangga.

Nabi Zakaria diuji dengan ketiadaan zuriat dalam keadaan beliau begitu menginginkannya. Allah SWT meletakkan Nabi Zakaria dalam keadaan yang mustahil untuk mendapat zuriat kerana isterinya mandul dan umurnya sudah tua. Tetapi tiada apa yang mustahil bagi Allah, dan Nabi Zakaria menghadapi ujian Allah dengan penuh kesabaran.

Doa Nabi Zakaria

قَالَ رَبِّ إِنِّي وَهَنَ الْعَظْمُ مِنِّي وَاشْتَعَلَ الرَّأْسُ شَيْبًا وَلَمْ أَكُنْ بِدُعَائِكَ رَبِّ شَقِيًّا وَإِنِّي خِفْتُ الْمَوَالِيَ مِنْ وَرَائِي وَكَانَتِ امْرَأَتِي عَاقِرًا فَهَبْ لِي مِنْ لَدُنْكَ وَلِيًّا يَرِثُنِي وَيَرِثُ مِنْ آلِ يَعْقُوبَ ۖ وَاجْعَلْهُ رَبِّ رَضِيًّا

Ia berkata: Ya Tuhanku, sesungguhnya tulangku telah lemah dan kepalaku telah ditumbuhi uban, dan aku belum pernah kecewa dalam berdoa kepada Engkau, ya Tuhanku. Dan sesungguhnya aku khuatir terhadap mawaliku (yang mewarisiku) sepeninggalku, sedang isteriku adalah seorang yang mandul, maka anugerahilah aku dari sisi Engkau seorang putera, yang akan mewarisi aku dan mewarisi sebahagian keluarga Ya‘qub; dan jadikanlah ia, ya Tuhanku, seorang yang diredhai.

Ayat Al-Quran

وَزَكَرِيَّا إِذْ نَادَى رَبَّهُ رَبِّ لَا تَذَرْنِي فَرْدًا وَأَنْتَ خَيْرُ الْوَارِثِينَ

Wa Zakariyya idz nada Rabbahu, Rabbi la tadzarni fardaw wa anta khairul-waritsin.

“Dan (ingatlah kisah) Zakaria ketika ia berdoa kepada Tuhannya: Ya Tuhanku, janganlah Engkau membiarkan aku hidup seorang diri, dan Engkaulah waris yang paling baik.”


Kesabaran dan keimanan yang kuat dari Nabi Zakaria pun membuahkan hasil. Allah SWT memberi kabar gembira melalui malaikat bahwa dirinya akan dikaruniai seorang putra yang bernama Yahya. Allah SWT berfirman dalam lanjutan surah Maryam,

Ayat Al-Quran

يَا زَكَرِيَّا إِنَّا نُبَشِّرُكَ بِغُلَامٍ اسْمُهُ يَحْيَى لَمْ نَجْعَلْ لَهُ مِنْ قَبْلُ سَمِيًّا

Ya Zakariyya inna nubasysyiruka bighulamin ismuhu Yahya lam naj‘al lahu min qablu samiyya.

“Hai Zakaria, sesungguhnya Kami memberi khabar gembira kepadamu akan (beroleh) seorang anak yang namanya Yahya, yang sebelumnya Kami belum pernah menciptakan orang yang serupa dengan dia.”

Wallahua’lam

sumber – merdeka

Artikel Berkaitan