7 Doa Nabi Ibrahim dalam Al-Quran
27 Mac 2022
Berikut ialah beberapa doa Nabi Ibrahim yang kita boleh sama-sama amalkan.
Nabi Ibrahim ialah salah seorang Rasul Ulul Azmi iaitu rasul-rasul yang menerima ujian yang hebat ketika dalam usaha dakwah mereka. Dari susur galur Nabi Ibrahim, lahir Nabi Muhammad SAW yang kita cintai.
Betapa mulianya Nabi Ibrahim sehinggakan namanya disebut bersama Nabi Muhammad dalam Selawat Ibrahimiyah yang kita baca ketika tasyahud.
Doa Nabi Ibrahim
1. Doa agar negeri aman
Ayat Al-Quran
وَإِذْ قَالَ إِبْرَاهِيمُ رَبِّ اجْعَلْ هَذَا الْبَلَدَ آمِنًا وَاجْنُبْنِي وَبَنِيَّ أَنْ نَعْبُدَ الْأَصْنَامَ
Wa idz qala Ibrahimu Rabbij‘al hadzal-balada aminaw waj-nubni wa baniyya an na‘budal-asnam.
“Dan (ingatlah), ketika Ibrahim berkata: Ya Tuhanku, jadikanlah negeri ini negeri yang aman, dan jauhkanlah aku beserta anak cucuku daripada menyembah berhala-berhala.”
2. Doa memohon keampunan
Ayat Al-Quran
رَبِّ إِنَّهُنَّ أَضْلَلْنَ كَثِيرًا مِنَ النَّاسِ فَمَنْ تَبِعَنِي فَإِنَّهُ مِنِّي وَمَنْ عَصَانِي فَإِنَّكَ غَفُورٌ رَحِيمٌ
Rabbi innahunna adlalna katsiiram minan-naas, faman tabi‘ani fa-innahu minni, wa man ‘ashani fa-innaka Ghafuurur-Rahim.
“Ya Tuhanku, sesungguhnya berhala-berhala itu telah menyesatkan kebanyakan daripada manusia, maka barang siapa yang mengikutiku, maka sesungguhnya orang itu termasuk golonganku, dan barang siapa yang mendurhakai aku, maka sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”
3. Doa dibukakan hati dan dimurahkan rezeki
Ayat Al-Quran
رَبَّنَا إِنِّي أَسْكَنْتُ مِنْ ذُرِّيَّتِي بِوَادٍ غَيْرِ ذِي زَرْعٍ عِنْدَ بَيْتِكَ الْمُحَرَّمِ رَبَّنَا لِيُقِيمُوا الصَّلَاةَ فَاجْعَلْ أَفْئِدَةً مِنَ النَّاسِ تَهْوِي إِلَيْهِمْ وَارْزُقْهُمْ مِنَ الثَّمَرَاتِ لَعَلَّهُمْ يَشْكُرُونَ
Rabbana inni askantu min dzurriyyati biwadin ghairi dzi zar‘in ‘inda Baitikal-Muharram, Rabbana liyuqimush-shalata faj‘al af’idatam minan-nasi tahwi ilaihim war-zuqhum minats-tsamarati la‘allahum yasykurun.
“Ya Tuhan kami, sesungguhnya aku telah menempatkan sebahagian keturunanku di lembah yang tidak mempunyai tanam-tanaman di dekat rumah-Mu (Baitullah) yang dihormati, ya Tuhan kami, (yang demikian itu) agar mereka mendirikan solat, maka jadikanlah hati sebahagian manusia cenderung kepada mereka dan beri rezekilah mereka dari buah-buahan, mudah-mudahan mereka bersyukur.”
4. Doa dikurniakan keturunan menjaga solat
Ayat Al-Quran
رَبِّ اجْعَلْنِي مُقِيمَ الصَّلَاةِ وَمِنْ ذُرِّيَّتِي رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَاءِ
Rabbij‘alni muqimash-shalati wa min dzurriyyati Rabbana wa taqabbal du‘a.
“Ya Tuhanku, jadikanlah aku dan anak cucuku orang-orang yang tetap mendirikan solat, ya Tuhan kami, perkenankanlah doaku.”
5. Doa diampunkan dosa kedua ibu bapa
Ayat Al-Quran
رَبَّنَا اغْفِرْ لِي وَلِوَالِدَيَّ وَلِلْمُؤْمِنِينَ يَوْمَ يَقُومُ الْحِسَابُ
Rabbanagh-fir li wa liwalidayya wa lil-mu’minina yauma yaqumul-hisab.
“Wahai Tuhan kami, ampunilah aku dan kedua ibu bapaku dan sekalian orang-orang mukmin pada hari terjadinya hisab (hari kiamat).”
6. Doa dikurniakan keturunan yang soleh
Inilah bacaan doa yang dibaca Nabi Ibrahim AS dan istrinya agar dikaruniai keturunan yang saleh. Dengan izin Allah, isterinya Siti Hajar mengandungkan Nabi Ismail AS dan Siti Sarah mengandungkan Nabi Ishaq AS.
Ayat Al-Quran
رَبِّ هَبْ لِي مِنَ الصَّالِحِينَ
Rabbi hab li minash-shalihin.
“Ya Tuhanku, anugerahkanlah kepadaku (seorang anak) yang termasuk orang-orang yang soleh.”
7. Doa dikekalkan dalam ketaatan
Ayat Al-Quran
إِنِّي وَجَّهْتُ وَجْهِيَ لِلَّذِي فَطَرَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ حَنِيفًا ۖ وَمَا أَنَا مِنَ الْمُشْرِكِينَ
Inni wajjahtu waj-hiya lilladzi fataras-samawati wal-ardha hanifaw wa ma ana minal-musyrikin.
“Sesungguhnya aku menghadapkan diriku kepada (Allah) yang menciptakan langit dan bumi, dengan cenderung kepada agama yang benar, dan aku bukanlah termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan.”
Wallahua’lam, semoga kita dapat mengamalkan doa Nabi Ibrahim dalam kehidupan seharian.

