IzdeenIzdeen

Doa Malam Lailatul Qadar

21 April 2022

Apakah doa malam Lailatul Qadar yang kita boleh amalkan?

Dari Aisyah RA, beliau bertanya kepada Nabi SAW:

يَا رَسُولَ اللَّهِ أَرَأَيْتَ إِنْ عَلِمْتُ أَيُّ لَيْلَةٍ لَيْلَةُ القَدْرِ مَا أَقُولُ فِيهَا؟ قَالَ: قُولِي: اللَّهُمَّ إِنَّكَ عُفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي

Wahai Rasulullah, jika aku menjumpai satu malam merupakan Lailatul Qadar, apa yang harus aku ucapkan di malam itu? Baginda menjawab: Ucapkanlah: Allahumma Innaka ‘Afuwwun Tuhibbul ‘Afwa Fa’fu ‘Annii.

HR. Ahmad, no. 25384; At-Tirmizi, no. 3513; Ibn Majah, no. 3850; An-Nasa’i, dalam Amal Al-Yaum wa Al-Lailah; & Al-Baihaqi, dalam Syu’ab Al-Iman, no. 3426

Antara kelebihan Lailatul Qadar disebutkan dalam Surah Al-Qadr:

إِنَّا أَنزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةِ الْقَدْرِ وَمَا أَدْرَاكَ مَا لَيْلَةُ الْقَدْرِ لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِّنْ أَلْفِ شَهْرٍ

Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al-Quran) pada malam kemuliaan (Lailatul Qadar). Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? Malam kemuliaan itu lebih baik daripada seribu bulan.

Jika dikira dengan betul, sungguh luar biasa kerana malam ini lebih baik dari 1000 bulan iaitu bersamaan dengan 83 tahun. Amalan anda pada malam itu akan diberi ganjaran berlipat ganda. Semoga kita semua diberi kesempatan untuk berjumpa malam lailatul qadar, In Shaa Allah.

Artikel Berkaitan