IzdeenIzdeen

Doa Makan (Sebelum dan Selepas)

6 Mac 2023

Doa makan mungkin nampak macam simple, tapi manfaatnya besar bagi mereka yang mengetahui.

Jom belajar doa makan yang betul.

Dalil Doa Makan

Nabi SAW telah mengajarkan kepada umatnya adab-adab makan. Antaranya ialah membaca basmalah sebelum makan. Hal ini adalah sebagaimana sabda Nabi SAW :

إِذَا أَكَلَ أَحَدُكُمْ طَعَامًا فَلْيَقُلْ : بِسْمِ اللَّهِ، فَإِنْ نَسِيَ فِي أَوَّلِهِ فَلْيَقُلْ : بِسْمِ اللَّهِ فِي أَوَّلِهِ وَآخِرِهِ

Sekiranya seorang daripada kamu hendak makan, sebutlah nama Allah (Bismillah). Sekiranya dia terlupa (menyebut nama Allah) pada awal (mula makan), maka sebutlah ‘Bismillahi awwaluhu wa akhirahu’ (Dengan nama Allah pada awal dan akhirnya).

Doa Sebelum Makan Rumi

الَّلهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيمَا رَزَقْتَنَا، وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

Allahumma baarik llanaa fiima razaqtanaa waqinaa adzaa ban-naar

Yaa Allah, berkatilah rezeki yang engkau berikan kepada kami, dan peliharalah kami dari seksa api neraka.

Kadang-kadang ada juga orang yang baca doa makan Bismillahi wa ala barkatillah.

Doa Selepas Makan Rumi

اَلْحَمْدُ ِللهِ الَّذِيْنَ اَطْعَمَنَا وَسَقَانَا وَجَعَلَنَا مِنَ الْمُسْلِمِيْنَ

Alhamdu lillahil-ladzi ath-‘amana wa saqana waja‘alana minal muslimin.

Segala puji bagi Allah yang memberi kami makan dan minum serta menjadikan kami muslim.

Doa Selepas Minum Rumi

اَلْحَمْدُ ِللهِ الَّذِىْ جَعَلَهُ عَذْبًا فُرَاتًا بِرَحْمَتِهِ وَلَمْ يَجْعَلْهُ مِلْحًا اُجَاجًا بِذُنُوْبِنَا

Alhamdu lillahil-ladzi ja‘alahu ‘adzban furatan birahmatihi wa lam yaj‘alhu milhan ujajan bidzunubina.

Segala puji bagi Allah yang telah menjadikan air ini (minuman) tawar lagi segar dengan rahmat-Nya, dan tidak menjadikannya masin lagi pahit kerana dosa-dosa kami.

Berikut ialah doa makan ringkas, kebiasaanya doa makan majlis agak panjang sedikit.

Doa Majlis Makan Malam

Kita mulakan majlis kita pada harini dengan baca ummul kitab al-fatihah.

Bismillahirrahmanirrahim, alhamdulillahirobbil ‘alamin, wassolatu wassalaamu ‘alaasayyidina muhammadin ashrofil muraslin, wa’alaa aalihi wasohbihi ajma’in.

Ya Allah Engkaulah yang mempunyai segala kepujian, Engkaulah yang berhak menerima segala kepujian, Engkaulah yang berhak menerima segala kesyukuran, Engkaulah yang memiliki segala pemerintahan, di tangan Engkau segala kebajikan, kepada Engkaulah kembali segala urusan

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim,
Pada Malam yang berkat ini, bersempena MAJLIS MAKAN MALAM & PERPISAHAN kami menadah tangan ingin merafa’kan kesyukuran dan pujian terhadap Mu, atas kurniaan Mu yang tidak ternilai

Allahumma Antal ‘Azizul Jalil,
Justeru berkati dan rahmatilah pertemuan kami pada malam ini. Ilhamkan dalam fikiran dan minda kami, idea-idea yang bernas dan mampu membuat keputusan yang waras. Kurniakanlah kepada kami Ilmu-Mu. Sinarilah hati-hati kami dengan cahaya dan hidayah-Mu. Semoga dengannya kami mudah menerima dan menghayati serta mengamalkannya.

Ya Allah Ya Fattahu Ya ‘Alim,
Terima segala kerja dan khidmat bakti kami dengan sempurna dan dikira sebagai amal ibadah kami kepada-Mu jua. Anggaplah majlis ini bertujuan untuk menyatukan hati-hati kami. Maka, eratkanlah lagi hubungan ukhuwah di kalangan kami. Tunjukkanlah kami perkara-perkara yang bermanfaat dari majlis ini yang dapat kami contohi dalam hidup kami yang sementara di dunia ini. Dan tunjukkanlah kami perkara-perkara yang tidak bermanfaat agar dapat kami jauhinya sehingga kami bertemu dengan-Mu kelak.

Allahumma Ya Munzilal Kitab,
Kurniakanlah jua kepada kami kesihatan anggota, kecergasan minda, ketenangan jiwa, kekuatan semangat. Semoga dengannya kami mampu mendepani cabaran, berdaya saing dan mampu mengangkat martabat diri, keluarga masyarakat dan negara.

Rabbanaa aatinaa fiddunnyaa hasanah, wa fil aakhirati hasanah, waqinaa ‘adzaa ban naar.

Washallallaahu ‘alaa sayyidinaa muhamma-din wa’alaa aalihiwa shahbihiiwa sallam, wal hamdu lillaahirabbil’ aalamiin.

Doa makan di atas boleh dibaca di majlis formal dan tidak formal.

Semoga kalian semua dapat mengamalkan doa makan rumi dan menghayati maksudnya. Doa makan merupakan salah satu adab makan dalam Islam.

Wallahua’lam

Artikel Berkaitan