Izdeen

Doa Ibu Bapa (Arab, Rumi & Maksud)

18 Januari 2023

Ibu bapa mempunyai martabat yang tinggi dalam Islam, jasa mereka tiada terbalas, hanya doa ibu bapa sahaja mampu dititipkan sebagai usaha kita.

Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

إِذَا مَاتَ الْإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ إِلَّا مِنْ ثَلَاثَةٍ: إِلَّا مِنْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ، أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ، أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ

Apabila matinya seorang insan akan terputus amalannya melainkan tiga perkara: Sedekah Jariyah, ilmu yang bermanfaat buat dirinya dan anak soleh yang sentiasa mendoakannya.

Doa Ibu Bapa Dalam al-Quran

1. Doa Ibu Bapa Rabbighfirli

Ayat Al-Quran

رَبَّنَا اغْفِرْ لِي وَلِوَالِدَيَّ وَلِلْمُؤْمِنِينَ يَوْمَ يَقُومُ الْحِسَابُ

Rabbanagh-firli waliwalidayya wa lil-mu’minina yauma yaqumul-hisab.

“Wahai Tuhan kami! Berilah ampun bagiku dan bagi kedua ibu bapaku serta bagi orang-orang yang beriman, pada masa berlakunya hitungan amal dan pembalasan.”

2 . Doa Ampun Dosa Ibu Bapa

Ayat Al-Quran

رَّبِّ اغْفِرْ لِي وَلِوَالِدَيَّ وَلِمَن دَخَلَ بَيْتِيَ مُؤْمِنًا وَلِلْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ وَلَا تَزِدِ الظَّالِمِينَ إِلَّا تَبَارًا

Rabbighfirli waliwalidayya wa liman dakhala baitiya mu’minaw wa lil-mu’minina wal-mu’minati wa la tazidiz-zalimina illa tabara.

“Wahai Tuhanku! Ampunkanlah bagiku dan bagi kedua ibu bapaku, serta bagi sesiapa yang masuk ke rumahku dalam keadaan beriman, dan (ampunkanlah) bagi sekalian orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan (pada setiap zaman), dan janganlah Engkau tambahi orang-orang yang zalim melainkan kebinasaan.”

3. Doa Rahmat Ibu Bapa

Ayat Al-Quran

وَقُل رَّبِّ ارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِي صَغِيرًا

Wa qur-Rabbir-hamhuma kama rabbayani shaghira.

“Katakanlah: Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya dengan memelihara dan mendidikku semasa kecil.”

Doa Ibu Bapa Rumi

Doa-doa di atas sesuai digunakan ketika seorang diri kerana, lafaznya mufrad(tunggal, seorang). Tergantung situasi, jika kita menjadi imam, maka perlu ditukar sedikit lafaznya. Cthnya:

Doa Ibu Bapa (Seorang)

اَللَّهُمَّ اغْفِرْلِيْ ذُنُوْبِيْ وَلِوَالِدِيَّ وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِيْ صِغِيْرًا

Allahummaghfirli zunubi waliwalidaiya warhamhuma kama rabbayani soghiro.

Ya Allah! ampunilah dosaku dan dosa kedua orang tuaku dan kasihilah mereka sebagaimana mereka mengasihiku sejak kecil.

Doa Ibu Bapa Untuk Ramai

اَللَّهُمَّ اغْفِرْلَنَا ذُنُوْبَنَا وَلِوَالِدَيْنَا وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانَا صِغَارًا

Allahummaghfirlana zunubana waliwalidaina warhamhuma kama rabbayana shighara.

Ya Allah! ampunilah dosa kami dan dosa kedua orang tua kami dan kasihilah mereka sebagaimana mereka mengasihi kami sejak kecil.

Dalil-Dalil Tentang Kewajiban Mendoakan Ibu Bapa

1. Allah perintahkan berbuat baik kepada ibu bapa

Ayat Al-Quran

وَبِالْوَالِدَيْنِ إِحْسَانًا

Wa bil-walidaini ihsana.

“Dan berbuat baiklah kepada kedua ibu bapa.”

2. Doa anak yang soleh berterusan pahalanya

Nabi SAW bersabda:
“Apabila anak Adam mati, terputus amalannya kecuali tiga perkara…
(1) sedekah jariyah, (2) ilmu bermanfaat, (3) anak soleh yang mendoakannya.” (rujuk hadis di atas)

3. Reda Allah bergantung kepada reda ibu bapa

“Keredaaan Allah bergantung kepada keredaan ibu bapa.”\

HR Tirmizi, no. 1899 — hasan sahih

4. Doa anak mudah dimakbulkan

“Doa anak yang soleh untuk ibu bapanya diangkat kepada Allah seperti cahaya.”
(Maksud hadis – HR Ahmad)

Amalan Untuk Berbakti Kepada Ibu Bapa

Berikut amalan yang sangat besar ganjarannya:

1. Sentiasa mendoakan mereka

2. Bercakap dengan suara lembut

Perintah al-Quran:

Ayat Al-Quran

فَلَا تَقُل لَّهُمَا أُفٍّ

Fala taqul lahuma uff.

“Maka janganlah engkau berkata kepada keduanya perkataan “ah”.”

3. Memberi nafkah & membantu kewangan

4. Menjaga ibu bapa ketika sakit

5. Melunaskan hutang mereka (jika ada)

6. Menziarahi sahabat-sahabat ibu bapa

7. Membuatkan mereka gembira

Wajah ceria anak adalah bentuk sedekah.

Amalan Untuk Ibu Bapa Yang Telah Meninggal Dunia

✔ Sedekah atas nama mereka
✔ Waqaf
✔ Membaca al-Quran & menghadiahkan pahala
✔ Menyambung hubungan silaturrahim
✔ Menjaga amanah dan hutang mereka
✔ Melaksanakan wasiat mereka selagi syarie

Penutup

Semoga kita dapat selitkan doa terhadap ibu bapa pada setiap kali berdoa kerana tanpa mereka tiadalah kita di dunia. Mendoakan kesejahteraan ibu bapa panjang umur tersimpan banyak kelebihan dan kebaikan. Tahu tak doa ibu bapa untuk anak tiada hijab, mungkin kejayaan kita dalam hidup ni disebabkan berkat doa ibu bapa.

Jika mereka telah tiada, boleh doakan arwah ibu bapa melalui doa tahlil arwah.

Wallahua’lam

Rujukan
  1. https://muftiwp.gov.my/ms/artikel/irsyad-al-hadith/3683-irsyad-al-hadith-siri-ke-416-lafaz-doa-kedua-ibubapa

Artikel Berkaitan