IzdeenIzdeen

Doa Buka dan Pakai Pakaian

9 April 2025

Dalam artikel kali ini kami akan berkongsi doa ketika memakai dan membuka pakaian agar anda dapat mempelajarinya dengan lebih baik. Tujuannya adalah untuk mendapatkan keberkatan dalam setiap langkah kehidupan kita.

1.****

Doa Membuka Pakaian

بِسْمِ اللهِ الَّذِيْ لَا إِلهَ إِلاَّ هُوَ

Bismillahil ladzi lailaha illa hu.

Dengan nama Allah yang tiada tuhan selain Dia.


2.****

Doa Memakai Pakaian

i.

الْحَمْدُ لِلّهِ الَّذِي كَسَانِي هَذَا (الثَّوْبَ) وَرَزَقَنِيهِ مِنْ غَيْرِ حَوْلٍ مِنِّي وَلاَ قَوَّةٍ

Alhamdulillahi Ladzi Kasaani Haza (Saubi) Warazaqoni Min Ghoiri Haulin Minni Wala Quwwah.

Segala puji bagi Allah yang memakaikan aku (pakaian) ini, dan memberi rezeki kepadaku tanpa daya dan kekuatan dariku.

HR. Ahlus Sunan (kecuali An-Nasai); rujuk Irwa’ Al-Ghalil, 7/47

الحَمْدُ لِلّٰهِ كَسَانِي مَا اُوَارِي بِهِ عَوْرَتِي وَ أَتَجَمَّلُ بِهِ فِي حَيَاتِي

Alhamdulillahil ladzi kasani ma uwariy bihi ‘aurati wa atajammalu bihi fi hayati.

Segala puji bagi Allah yang telah memberiku pakaian sebagai penutup auratku dan penghias dalam hidupku.

بِسْمِ اللهِ اَللّٰهُمَّ اِنِّى اَسْأَلُكَ مِنْ خَيْرِهِ وَخَيْرِ مَاهُوَ لَهُ وَاَعُوْذُبِكَ مِنْ شَرِّهِ وَشَرِّمَا هُوَلَهُ

Bismillaahi, Allahumma innii as’aluka khairii wa khairi ma huwa lahu, wa a’udzu bika min syarrihi wa khairi ma huwa lahu.

Dengan nama-Mu ya Allah, sungguh aku memohon kepada-Mu kebaikan pakaian ini dan kebaikan apa yang ada padanya dan aku berlindung kepada Engkau dari keburukan pakaian ini dan keburukan sesuatu yang ada padanya.

3.****

Doa Memakai Pakaian Baru

اللَّهُمَّ لَكَ الْحَمْدُ أَنْتَ كَسَوْتِنِيهِ، أَسْأَلُكَ مِنْ خَيْرِهِ وَخَيْرِ مَا صُنِعَ لَهُ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّهِ شَرٌّ مَا صُنعَ لهُ

Allahumma Lakal hamdu anta kasautanih, as aluka min khairihi wa khairi ma suni a’ lahu, wa a’uzubika min sharrihi sharri ma suni a’ lahu.

Ya Allah bagiMu segala pujian, Engkaulah yang memakaikannya padaku. Aku memohon kepadaMu kebaikannya dan kebaikan tujuan ia dicipta dan aku memohon perlindungan dengan-Mu daripada kejahatannya dan kejahatan tujuan ia dicipta.

HR. Abu Daud, At-Tirmizi & Al-Baghawi; rujuk Mukhtasar Syamail At-Tirmizi susunan Al-Albani, 47

4.****

Doa Melihat Orang Memakai Pakaian Baru

i.

تُبْلِي وَيُخْلِفُ اللهُ تَعَالَى

Tubli Wa Yukhlifullahu Ta’ala.

Sekiranya rosak, semoga Allah menggantikannya.

HR. Abu Daud, 4/41; rujuk Sahih Abu Daud, 2/760

الْبَسْ جَدِيداً، وَعِشْ حَمِيدًا، وَمُتْ شَهِيداً

Albis Jadidan, Wa Ish Hamidan, Wa Mut Syahidan.

Pakailah pakaian baru dan hiduplah dalam keadaan terpuji dan matilah dalam keadaan syahid.

HR. Ibnu Majah, 2/1178 & Al-Baghawi, 12/41; rujuk Sahih Ibnu Majah, 2/275

Wallahua’lam

Artikel Berkaitan