Izdeen

Asmaul Husna – 99 Nama Allah Dan Makna

14 Januari 2022

Asmaul Husna atau dalam bahasa Arab iaitu أسماء الحسنى, bermaksud nama-nama yang terpuji. Istilah Asma’ul Husna kebiasaannya dikaitkan dengan 99 nama Allah yang Terpuji.

Dalil 99 Nama Allah Dalam Quran dan Hadis

اَللّٰهُ لَآ اِلٰهَ اِلَّا هُوَۗ لَهُ الْاَسْمَاۤءُ الْحُسْنٰى

“(Dialah) Allah, tidak ada tuhan selain Dia, yang mempunyai nama-nama yang terbaik”

Surah Taaha Ayat 8

Diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda :

إن للهِ تسعةً وتسعين اسمًا ، مائةً إلا واحدًا ، مَن أحصاها دخلَ الجنةَ

Maksudnya: “Sesungguhnya bagi Allah SWT sembilan puluh sembilan nama, seratus kecuali satu, barangsiapa yang menghafalnya akan masuk syurga”.

Hadis riwayat Imam al-Bukhari (6410) dalam Sahih al-Bukhari

99 Nama Allah Berserta Maksud Bahasa Melayu

الله Allah Allah
الرحمن al Rahman Maha Pemurah
الرحيم al-Rahim Maha Penyayang
الملك al-Malik Maha Merajai/Memerintah
القدوس al-Quddus Maha Suci
السلام al-Salam Maha Memberi Kesejahteraan
المؤمن al-Mukmin Yang Memberi Keamanan
المهيمن al-Muhaimin Maha Pemelihara
العزيز al-Aziz Maha Gagah
الجبار al-Jabbar Maha Perkasa
المتكبر al-Mutakabbir Maha Megah
الخالق al-Khaliq Maha Pencipta
البارئ al-Bari’ Yang Melepaskan
المصور al-Musawwir Yang Membentuk Rupa
الغفار al-Ghaffar Maha Pengampun
القهار al-Qahhar Yang Memaksa
الوهاب al-Wahhab Maha Pemberi Kurnia
الرزاق al-Razzaq Maha Pemberi Rezeki
الفتاح al-Fattah Maha Pembuka Rahmat
العليم al-Alim Maha Mengetahui
القابض al-Qabid Yang Menyempitkan
الباسط al-Basit Yang Melapangkan
الخافض al-Khafid Yang Merendahkan
الرافع al-Rafi’ Yang Meninggikan
المعز al-Muiz Yang Memuliakan
المذل al-Muzil Yang Menghinakan
السميع al-Sami’ Maha Mendengar
البصير al-Basir Maha Melihat
الحكم al-Hakam Maha Menetapkan
العدل al-Adl Maha Adil
اللطيف al-Latif Maha Lembut
الخبير al-Khabir Maha Mengetahui Rahasia
الحليم al-Halim Maha Penyantun
العظيم al-Azim Maha Agung
الغفور al-Ghafur Maha Pengampun
الشكور al-Syakur Maha Pembalas Budi
العلى al-Ali Maha Tinggi
الكبير al-Kabir Maha Besar
الحفيظ al-Hafiz Maha Menjaga
المقيت al-Muqit Maha Pemberi Kecukupan
الحسيب al-Hasib Maha Membuat Perhitungan
الجليل al-Jalil Maha Mulia
الكريم al-Karim Maha Pemurah
الرقيب al-Raqib Maha Mengawasi
المجيب al-Mujib Maha Mengabulkan
الواسع al-Wasi’ Maha Luas
الحكيم al-Hakim Maha Bijaksana
الودود al-Wadud Maha Pencinta
المجيد al-Majid Maha Sempurna Kemuliaan-Nya
الباعث al-Bais Maha Membangkitkan
الشهيد al-Syahid Maha Menyaksikan
الحق al-Haq Maha Benar
الوكيل al-Wakil Maha Memelihara
القوى al-Qawi Maha Kuat
المتين al-Matin Maha Teguh
الولى al-Wali Maha Melindungi
الحميد al-Hamid Maha Terpuji
المحصى al Muhsi Maha Menghitung
المبدئ al-Mubdi’ Maha Memulai
المعيد al-Muid Maha Mengembalikan Kehidupan
المحيى al-Muhyi Maha Menghidupkan
المميت al-Mumit Maha Mematikan
الحي al-Hai Maha Hidup
القيوم al-Qayyum Maha Mandiri
الواجد al-Wajid Maha Penemu
الماجد al-Majid Maha Mulia
الواحد al-Wahid Maha Esa
الصمد al-Samad Tempat Meminta
القادر al-Qadir Maha Menentukan
المقتدر al-Muqtadir Maha Berkuasa
المقدم al-Muqaddim Maha Mendahulukan
المؤخر al-Muakhir Maha Mengakhirkan
الأول al-Awwal Maha Awal
الأخر al-Akhir Maha Akhir
الظاهر al-Zahir Maha Nyata
الباطن al-Batin Maha Ghaib
الوالي al-Wali Maha Memerintah
المتعالي al-Mutaali Maha Tinggi
البر al-Bar Maha Penderma
التواب al-Tawwab Maha Penerima Taubat
المنتقم al-Muntaqim Maha Penyiksa
العفو al-Afu Maha Pemaaf
الرؤوف al-Rauf Maha Pengasih
مالك الملك Malik al-Mulk Penguasa Kerajaan
ذو الجلال و الإكرام Zu al-Jalal wa al-Ikram Pemilik Kebesaran dan Kemuliaan
المقسط al-Muqsit Maha Adil
الجامع al-Jami’ Maha Mengumpulkan
الغنى al-Ghani Maha Memiliki Kecukupan/Kekayaan
المغنى al-Mughni Maha Pemberi Kecukupan/Kekayaan
المانع al-Mani’ Maha Mencegah
الضار al-Dar Maha Memberi Derita
النافع al-Nafi’ Maha Memberi Manfaat
النور al-Nur Maha Bercahaya
الهادئ al-Hadi Maha Pemberi Petunjuk
البديع al-Badi’ Maha Pencipta
الباقي al-Baqi Maha Kekal
الوارث al-Waris Maha Pewaris
الرشيد al-Rasyid Maha Pandai
الصبور al-Sabur Maha Sabar

Nama-nama di atas sesuai juga digunakan untuk nama anak kerana mempunyai maksud yang indah dan terpuji.

Jika ingin penjelasan untuk setiap nama Allah di atas boleh lihat di sini. Penjelasan Ar-Rahman dan Ar-Rahim telah saya tulis di artikel ini.

Semoga kita semua dapat manfaat daripada Asma’ul Husna ini. In shaa Allah.

Wallahua’lam

sumber – malaysiatercinta